Segala puja dan
puji itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam
buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli
keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan
Ya Allah…
Dalam perjalanan
kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah
diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan
yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.
Ya Allah…
Dalam kekalutan
begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui
seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana
silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang
telah aku lakukan terhadapnya.
Ya
Allah…
Walau
apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.
Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan
memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.
Ya
Allah…
Ampunilah
daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah
Tuhan yang maha penyayang.
Ya
Allah…
Jangan
Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan
tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya
melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan
telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau
sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang
telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan
segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.
Ya Allah…
Lindunglah
sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan
mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.
Ya
Allah…
Sungguhnya
aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan
kekuatan dalam menerima petunjukMu.
Ya
Allah…
Kurniakanlah
kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang
mensucikannya.
Ya
Allah…
Sungguhnya
aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik
permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya.
Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya,
tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya
Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah
perkenankanlah permohonanku.
Ya
Allah…
Sungguhnya
Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka
ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya,
maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu
keimanan yang selalu mendampingi hatinya, dan keyakinan yang kuat
sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang
telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa
dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah
meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.
Ya
Allah…
Aku
bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia
jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta
kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan
dirinya seluruhnya.
Ya
Allah
jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu
dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.
Ya
Allah…
Apa
sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal
itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah
cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencinta
Ya Allah…
Cukuplah
diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan
Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agung..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar